Yang Mendoakan ku..

Sunday, 24 February 2013

Isteri

Bukan senang nak jadi isteri kepada seorang yang dah beristeri. Banyak yang perlu di harungi. Aku sendiri kadangkala tewas dengan perasaan aku sendiri. Sampai kadangkala terfikir kenapa aku sanggup hadapi hal sebegini. Dugaan yang pertama dah tentu dari isteri pertama. Ini kerana aku berkahwin tanpa pengetahuannya.Aku tak salahkan suami ku, sebab aku yang tak sanggup nak beritahu isteri pertama. Bila dah tahu. Perang meletus, suami aku ler yang banyak perlu dia hadapi. Tetapi menjadi isteri kepada orang yang dah beristeri tak semestinya menderita. Aku bahagia, bila bertemu sentiasa ada perasaan bahagia seolah-olah baru bercinta. P/s: Dah ler bace cite merepek aku. Nanti aku sambung lagi.

No comments:

Post a Comment