Yang Mendoakan ku..

Thursday, 28 February 2013

Terguris

Hati rasa terguris dengan perbuatannya. Menyakiti tanpa menyiasati. Membuatkan aku benar-benar kesorangan. Rasa macam nk pergi jauh dari sini.Pergi jauh dari kehidupan yang dipilih.

Janji yang kau ingkari..

** Mood memang sedih sangat.

Erm..

Dah dua ari rasa letih sangat. Balik je mesti nk tdo terus. Masa nak update blog pun dah terabai.

Monday, 25 February 2013

Jauh dari mata

Sekarang ni aku bersorangan di sini. Sebabnya suami ku sedang bertugas jauh di perantauan. Sedih memang lah sedih. Tetapi segalanya harus ku terima demi tugas dan mencari rezeki untuk keluarga besar. Hurm.. baru-baru ini aku di masudkan ke hospital atas sebab masalah kesihatan. Memang mencabar, sebab segalanya harus aku harungi bersendirian. Mujur ada teman-teman yang menbantu. Alhamdulillah, segalanya telah di tentukan Allah. DIA telah permudahkan segala urusan ku. Terima kasih buat semua.

 
 


Berpantang.

Terasa macam nak demam. Seluruh badan terasa sakit. Pinggang macam nak putus rasanya. Mungkin kesan keguguran aritu. Tambahan lak aku ni x berape nak berpantang. Kepala ni sakit sangat.

Sunday, 24 February 2013

Cemburu dan sakit hati

 
P/S: Perkara normal dalam berkongsi suami.. heheheh.. aku bersyukur.. Sebabnya, bila perkara ni terjadi aku dapat atasinya hanya dalam 10 minit. Lega sangat!

Isteri

Bukan senang nak jadi isteri kepada seorang yang dah beristeri. Banyak yang perlu di harungi. Aku sendiri kadangkala tewas dengan perasaan aku sendiri. Sampai kadangkala terfikir kenapa aku sanggup hadapi hal sebegini. Dugaan yang pertama dah tentu dari isteri pertama. Ini kerana aku berkahwin tanpa pengetahuannya.Aku tak salahkan suami ku, sebab aku yang tak sanggup nak beritahu isteri pertama. Bila dah tahu. Perang meletus, suami aku ler yang banyak perlu dia hadapi. Tetapi menjadi isteri kepada orang yang dah beristeri tak semestinya menderita. Aku bahagia, bila bertemu sentiasa ada perasaan bahagia seolah-olah baru bercinta. P/s: Dah ler bace cite merepek aku. Nanti aku sambung lagi.

Pertama kali.

Assalamualaikum,

Buat pertama kalinya aku berjaya mencari kekuatan untuk kembali menulis. Setelah lama aku meninggalkan dunia blog atas permintaan seseorang yang sangat aku sayangi. Tetapi aku terpaksa kembali menulis, kerana aku tak mampu menahan diri untuk menanggung ujian Allah ini secara berseorangan. Dengan menulis aku dapat berkongsi suka duka dengan semua. Walau aku tak pasti akan adakah yang akan membaca, biarlah. Sekurang-kurangnya aku ada tempat meluahkan tekanan.